Tuesday, August 25, 2009

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak



Pihak ICT ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua penjawat awam Perlis. Moga Ramadan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Moga segala amalan kita deberkatiNYA.

Kami juga ingin memohon ampun & maaf sekiranya terdapat kesalahan, terkasar bahasa & mohon maaf di atas segala kekurangan di dalam perkhidmatan kami. Insyaallah, kami sedang berusaha mempertingkatkan perkhidmatan kami untuk melancarkan kerja yang berkaitan.

Moga segala amalan kita di bulan ini diterima & di redhaiNYA.

Selamat berpuasa...

Friday, August 21, 2009

Pengenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Blog ini dihasilkan dengan inisiatif pihak ICT Pergigian Perlis yang bertujuan untuk memujudkan satu platform yang membolehkan penjawat awam pergigian membuat pengumuman, menulis artikel, memaparkan aktiviti/kursus yang telah dijalankan sepanjang tahun & untuk menggalakkan penjawat awam pergigian Perlis lebih celik IT & juga menggalakkan penggunaan teknologi IT dengan lebih meluas.

Segala artikel yang dibuat hendaklah mengikut lunas & tatacara yang betul dan hanya berlandaskan kesihatan @ yang berkaitan sahaja. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menulis perkara yang merapu. Memandangkan ramai yang boleh akses ke blog ini, pihak pengurusan ICT boleh mengambil tindakan disiplin kepada sesiapa yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Di harap dengan adanya blog ini, penjawat awam pergigian Perlis akan lebih aktif & produktif dengan penggunaan teknologi IT supaya tidak ketinggalan dengan arus teknologi maklumat yang sentiasa berkembang.

Sekian. Terima kasih.